Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik
yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk
melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara
sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang
melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap
hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan
enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita
peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak
terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik
yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, seperti Subhanallah,
beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan
berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak
tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi
bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan
kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang
lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara
keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza
dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak
sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi
hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalahScientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washingtondengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan
mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak
mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak
dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang
sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain
dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru
diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang
diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang
yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan
yang kering.”
Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru
menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya
dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng
kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
No comments:
Post a Comment