MEMANG amat tersentuh dan mengalir air
mata ketika melihat jenazah adik-adik kecil yang dipanggil Pemiliknya.
Mereka dikebumikan serentak dalam satu lahad.
Takziah kepada keluarga mangsa semoga
tabah menghadapi ujian kehilangan yang tersayang. Al-Imam Qurtubi pernah
merakamkan hadis nabi yang bermaksud, mati mengejut bagi orang yang
baik adalah nikmat manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat
adalah azab.
Memang sedih apabila de ngar berita
kematian, tapi bagi yang tahu kategori kematian, ada anugerah di sebalik
itu iaitu mati syahid.
Ini kerana di sana ada satu senarai
pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati syahid
terutama di senarai yang ke lapan dan kesembilan dalam tulisan ini.
Pertama: Mereka yang
dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan
dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah
maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)
Kedua: Kematian yang
disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan
hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib r.a (bahawa
ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang
sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat
maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: (Kematian seorang mukmin disertai keringat di
keningnya). (Hadis Sahih)
Ketiga: Mereka yang
(baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya
berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah seorang Muslim yang
meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah
melindunginya daripada seksa kubur).
Keempat: Meninggal
dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: (Dan janganlah
sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan
Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka.
Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan
memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di
belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira
dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak
mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman). (Surah Ali Imran ayat
169-171)
Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapat kan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapat kan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Kelima: Mereka yang
meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan
sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara
kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh di jalan Allah
maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku
sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?
Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”
Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”
Keenam: Mati kerana
satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya:
Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap
Muslim)
.
Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
Kelapan dan kesembilan:
Mereka yang mati kerana teng gelam dan terkena runtuhan berdasarkan
sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima: yang mati kerana
wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan
dan yang syahid di jalan Allah).
Kesepuluh: Mereka yang
matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya:
Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah
bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya
lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku? Mereka berkata:
Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid. Beliau berkata: (Jadi
sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid,
mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid
(ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).
Kesebelas dan kedua belas:
Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa
selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang
paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: (Syuhada’ ada
tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak tha’un
syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas
pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar
syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah
melahirkan syahid).
Ketiga belas: Mereka
yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana
melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam
syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit
perut syahid). (Hadis Hasan)
Keempat belas: Mereka
yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal
itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat:
barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu
dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid).
Kelima belas dan keenam belas:
Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana
hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid,
barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang
terbunuh kerana darahnya syahid).
Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)
di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan di amankan dari fitnah).
di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan di amankan dari fitnah).
Kelapan belas: Mati
ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: (Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah
mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia
masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah
lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa
yang bersedekah dengan satu sedekah meng harapkan wajah Allah lalu wafat
ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).
Kesembilan belas:
Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat
kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Penghulu para
Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi
penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari
yang mungkar lalu dia dibunuh nya) Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan
disahihkannya dan Al Khatib.
Sama-samalah kita berdoa agar kita sama termasuk dalam senarai di atas. Amin Ya Rabbal ‘aalamin