Thursday 27 October 2011

TAJUK KARANGAN STPM SEBENAR

                                

ISI KARANGAN BM STPM 2002-2010



Pelbagai isi karangan telah dikemukakan dalam kertas STPM BM, STPM dari tahun 2002-2010. Oleh itu, calon-calon STPM 2011 hendaklah meneliti isu-isu yang telah dikemukakan itu seperti yang dipaparkan di bawah.
Isu-isu dalam karangan bm
2002
-Institusi kekeluargaan
-Pasar raya
-Minat membaca
-Bekalan air
2003
-Pencemaran sungai
-Pasaran buku ilmiah
-Kegiatan cetak rompak
-Sistem pengangkutan awam
2004
-Perpaduan dalam kalangan masyarakat
-Penggunaan racun serangga
-Kestabilan politik dan kecekapan pentadbiran
-Budaya sains dan teknologi
2005
-Aktiviti sukan
-Pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini
-Kegawatan ekonomi
-Tenaga buruh kanak-kanak di negara dunia ketiga
2006
-Kitar semula
-Graduan kurang berminat dalam bidang pertanian
-Program bersifat realiti
-Golongan belia kurang berminat dalam bidang keusahawanan
2007
-Patriotisme dalam kalangan masyarakat
-Gejala obesiti atau kegemukan
-Kegiatan seni budaya tradisional
-Komponen kesusasteraan Melayu dalam matapelajaran BM
2008
-Telefon bimbit
-Gejala rasuah
-Hak pengguna
-Rancangan televisyen
2009
-Industri desa
-Muzik
-Penguasaan lebih dari satu bahasa

-Perpaduan kaum
2010
-Pembakaran secara terbuka
-Ilmu seni pertahanan diri
-Penglibatan remaja dalam kumpulan samseng
-Industri pelancongan

ISU-ISU YANG DICADANGKAN PADA TAHUN 2011
Isu yang dicadangkan di bawah belum pernah dikemukakan lagi dalam peperiksaan STPM dari tahun 2002 hinggalah 2010. Oleh itu, isu yang disenaraikan di bawah ini bolehlah dijadikan latihan untuk menulis karangan. Berdasarkan analisis tersebut, terdapat isu yang dikemukakan sebanyak dua kali iaitu perpaduan kaum.
1.Pemanasan global
2.Penganjuran sukan peringkat antarabangsa
3.Bencana alam
4.Bangunan atau tempat bersejarah
5.Kecemerlangan pendidikan/sekolah berprestasi tinggi
6.Perniagaan internet
7.Jenayah ragut
8.Penggunaan kad kredit
9.Masalah kawasan perumahan
10. Penyakit kanser
11.Gejala pembuangan bayi
12.Masalah keracunan makanan
13.Pelaburan asing
14.Pengangkutan awam
15.Perubatan alternative
16.Kes penculikan kanak-kanak
17.Adat resam
18.Orang gaji asing / pendatang asing
19.Pertanian moden
20.Kebanjiran drama bersiri asing / filem asing

soalan cadangan  dari cikgu mohd khir kassim
    
1. Penggunaan Bahasa yang Salah pada Papan Tanda dan Iklan Bercetak
2. Kemalangan Maut Menjelang Perayaan Utama
3. Demam Denggi/Chikungunya
4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
5. Gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah
6. Kenaikan Harga Barang
7. Kebanjiran Bahan-bahan Berunsur Lucah, Tahyul dan Ganas
8. Kebanjiran Pendatang Tanpa Izin
9. Usaha untuk Memajukan Industri Pertanian di Malaysia
10.Kebanjiran Drama Bersiri Asing
11.Bangunan atau Tempat Bersejarah
12.Masalah Bencana Alam
13.Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan di Negara Kita
14.Internet dan Dasar Langit Terbuka
15.Jenayah Ragut dan Langkah untuk Menanganinya
16.Penggunaan Kad Kredit
17.Masalah Perumahan
18.Penyakit kanser
19. Sekolah Kluster


Analisis Soalan STPM Bahasa Melayu Kertas 2 (2002 - 2007)Soalan Bahagian A : Karangan

2002 
1. Faktor yang mempengaruhi kestabilan institusi kekeluargaan. (Format umum)
2. Kesan pertumbuhan pasar raya. (Format umum)
3. Langkah untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. (Format umum)
4. Punca kekurangan bekalan air dan langkah mengatasinya. (Format khusus - Laporan)
 
2003 
      1. Kesan negatif pencemaran sungai dan langkah mengatasinya. (Format umum)
2. Sebab kelembapan pasaran buku ilmiah dan cadangkan langkah untuk mepertingkatkannya. (Format umum)
3. Faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan cetak rompak dan kesan-kesannya. (Format umum)
4. Kelemahan sistem pengangkutan awam dan langkah mengatasinya. (Format khusus -Laporan)

2004
 1. Usaha mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk melalui sistem pendidikan. (Format umum)
2. Kesan buruk penggunaan racun serangga dan langkah mengatasi masalah. (Format umum)
3. Ulasan tentang faktor kestabilan politik dan kecekapan pentadbiran dalam mencapai kemajuan negara. (Format umum)
4. Cara memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar. (Format khusus - Ucapan)

2005 
1. Kepentingan aktiviti sukan dalam kehidupan warga Malaysia. (Format umum)
2. Dapatkah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. (Format umum)
3. Cara-cara Malaysia mengatasi kegawatan ekonomi. (Format khusus - Ceramah)
4. Kesan negatif penggunaan tenaga buruh kanak-kanak di negara dunia ketiga. (Format umum)
 
2006
1. Kebaikan aktiviti kitar semula kepada masyarakat dan negara. (Format khusus - Ceramah)
2. Penjelasan tentang sebab-sebab siswazah kurang berminat dalam bidang pertanian. (Format umum)
3. Penyataan kekesalan tentang kesan negatif program bersifat realiti yang disiarkan melalui televisyen. (Format khusus - Memorandum)
4. Sebab golongan belia kurang berminat dalam bidang keusahawanan. (Format umum)
 
2007
1. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, jelaskan tindakan yang perlu dilakukan untuk memperkukuh patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini. (Format umum)
2. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan gejala obesiti atau kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. (Format umum)
3. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara ini. (Format umum)
4. Jelaskan penyataan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memasukkan komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi para pelajar tingkatan satu hingga lima boleh memberikan kesan yang positif kepada pelajar. (Format umum)

2008
      1. Telefon bimbit kini semakin digemari oleh masyarakat tanpa mengira golongan. Jelaskan sebab alat ini menjadi piihan ramai dan kesan yang timbul daripada penggunaannya. (Tiada format khusus)
2. Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang telah berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah gejala rasuah perlu dibendung? (Tiada format khusus)
3. Bersempena dengan Kempen Pengguna Bijak yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, anda telah terplih mewakili daerah dalam pertandingan syarahan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri. Tajuk syarahan anda ialah ”Hak-hak Pengguna”. Tulis teks syarahan anda itu. (Format Syarahan)
4. Pada masa ini, kebanyakan rancangan televisyen lebih mementingkan keuntungan kewangan berbanding dengan melaksanakan tanggungjawab sosial. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini? (Tiada format khusus) 
2010
1. Isu - pembakaran secara terbuka mendatangkan pelbagai kesan negatif
Fokus soalan - jelaskan kesan tersebut.
Format - umum

2. Isu - ilmu seni pertahanan diri
Fokus soalan - huraikan kebaikan mempelajari dan mengamalkan ilmu tersebut.
Format - umum


3. Isu - penglibatan remaja dalam kumpulan samseng dikatakan berpunca daripada kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka.
Fokus soalan - sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut.
Format - umum

4. Isu - Industri pelancongan
Fokus soalan - Faktor yang menarik pelancong asing melawat Malaysia dan kepentingannya kepada masyarakat dan negara.
Format - ceramah  

No comments:

Post a Comment